Minggu lepas tema perbualan pagi di tadika aku ialah ttg buah-buahan.Aku arahkan murid2 aku membawa sejenis buah.Esoknya hanya segelintir yang bawa buah. bila aku tanya kenapa x bawa buah ada yg menjawab, Cikgu! ayah saya x beli buah,ada juga yang jawab emak saya x sempat nak beli buah ,cikgu.Nak buat mcmana cikgu x boleh marah sbb mereka jujur beri alasan kenapa mereka x bawa buah.Adakah ini salah murid atau ibubapa.....Jadi aku pun ckp x pe esok bawa yea masing2 mengangguk.Sedang aku leka melayan murid yg x bawa buah salah seorang muridku panggil aku, Cikgu Effa,saya bawa buah...buah papa.YA ALLAH buah apa?????????? macamana nie ? murid itu pun tarik tangan aku bawa ke begnya.Inilah buah papa.Kawan-kawan nak tahu apa itu buah papa ......rupanya buah papa....ya.( buah betik)
aku pun beritahu muridku ini lain kali jgn sebut buah papa tapi sebut buah papaya atau buah betik.pagi2 lagi buat cikgu sakit jantung.......kah...kah...kah




Sebagai seorg muslim,sudah seharusnya kita selalu memberi salam antara satu sama lain.
Sebenarnya dlmn memberi salam ini,ada beberapa perkara yang perlu diketahui.Antaranya:-
- Sentiasa memberi salam kpd org yg kita kenal mahupun yg tidak kita kenal.
- Memberi salam mengeratkan persaudaraan sesama muslim dan menambah rasa cinta
sesama org yg beriman.
- Sesiapa yang mengamalkan salam dijanjikan masuk syurga.....

ADAB MEMBERI SALAM

Dalam hadis Abu Hurairah r.a.berkata Rasullah SAW pernah bersabda :-

1. Orang yg berkenderaan hendaklah memberi salam kpd org yang berjalan kaki
2. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada org yang duduk.
3. Disunatkan memberi salam dgn diulangi lebih dari satu kali jika
orangnya banyak
4. Makruh mengucapkan "alaikas salam," kerana ucapan itu utk org telah
meninggal .Ucapan salam yg disyariatkan ialah 'Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
'
5. Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke suatu majlis dan ketika akan
meninggalkan majlis tersebut
6. Orang yang sedikit hendaklah memberi salam kpd org ramai.
7. Apabila dua org sahabat berjumpa,cukuplah dengan bersalam dan mengucapkan salam
tanpa berpelukan,kecuali bagi org yg baru pulang dari perantauan.

LARANGAN MEMBERI SALAM

1. Dilarang memberi salam dgn isyarat kecuali ada keuzuran spt sdg solat atau bisu
atau org yg akan diberi salam itu jauh jaraknya.
2. Dilarang memberi salam kpd org yg sedang mengajar dlm majlis ilmu,org yg sedang
baca al-quran.
3. Makruh memberi salam kpd org sedang buang air atau mandi.
4. Dilarang memberi salam kpd org yg sedang makan.

Jom kita didik diri kita utk sentiasa memberi salam dlm kehidupan seharian kita...

Kekuatan seorang IBU terletak pada kehebatan mencorakkan pemikiran anak......
Bukan sekadar memberi makanan dan menjaga keperluan mereka sehari-hari,
bahkan ILMU keibubapaan menjadi keperluan untuk memastikan JIWA anak mendapat
kepuasan secara normal sebagai insan yang mulia dan berjaya.

* terutama bagi ibubapa yg anaknya sedang meningkat remaja * mcm akulah......

Tanpa sahabat dan rakan taulan di dlm kehidupan kita,pastinya hidup kita sunyi dan kosong.Malah,sudah tentulah hidup kita tidak ceria.Jadi kehadiran mereka dlm hidup kita seharusnya dihargai.......Dikongsikan beberapa panduan adab pergaulan berbaik
sangka sesama manusia...

* Jangan Menghina
* Wajah Yg Tenang
* Beri Tumpuan
* Buang Tabiat Kurang Sopan
* Jangan Berpura-pura
* Jangan Bandingkan Harta Dan Diri.

Alhamdulillah.......
Pejam celik pejam celik hari ini cukup 13 tahun aku melayari alam rumahtangga.Syukur kpd allah kerana temukan aku dgn seorg insan yg paling baik dan sempurna di mataku.Semoga kebahagiaan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat nanti. AMIN ......

Ya Allah......
Jadikanlah aku isteri yg disenangi suami.
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah.
Hanya padamu,ya allah
Ku pohon segala harapan kerana aku
insan yang lemah yg leka dgn keindahan dunia
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranmu.....
Ya Allah Ya Tuhanku.....
Aku hanya ingin menjadi
Isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yg sentiasa di hati suamiku.....

Amin, Ya Rabbi Allamin

hah inilah rabbit haiwan peliharaan suamiku dan anak-anakku,yang putih tu namanya Suparjo(jantan) dan yg warna gelap tu Superani(betina)ada yang nak berkenalan ? Suparjo tu dihadiahkan oleh kawan suamiku utk anak ketika harijadinya.Superani pula aku beli dgn kawanku,kononnya biar Suparjo ada kawan......comel tak.Tanggal 23.3.2011 Superani selamat beranak,dapat 5 ekor anak.Lepas nie bolehlah bantu aku pilih nama utk anak2nya pula....

syyyyy!!!!!!!!! sedang menyusu...

inilah namanya.....sedapkan namanya.dia merupakan baby baru pengetuaku,Pn Junaida.Nak tengok wajahnya ......

chakk.....inilah orangnya.