Sebagai seorg muslim,sudah seharusnya kita selalu memberi salam antara satu sama lain.
Sebenarnya dlmn memberi salam ini,ada beberapa perkara yang perlu diketahui.Antaranya:-
- Sentiasa memberi salam kpd org yg kita kenal mahupun yg tidak kita kenal.
- Memberi salam mengeratkan persaudaraan sesama muslim dan menambah rasa cinta
sesama org yg beriman.
- Sesiapa yang mengamalkan salam dijanjikan masuk syurga.....

ADAB MEMBERI SALAM

Dalam hadis Abu Hurairah r.a.berkata Rasullah SAW pernah bersabda :-

1. Orang yg berkenderaan hendaklah memberi salam kpd org yang berjalan kaki
2. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada org yang duduk.
3. Disunatkan memberi salam dgn diulangi lebih dari satu kali jika
orangnya banyak
4. Makruh mengucapkan "alaikas salam," kerana ucapan itu utk org telah
meninggal .Ucapan salam yg disyariatkan ialah 'Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
'
5. Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke suatu majlis dan ketika akan
meninggalkan majlis tersebut
6. Orang yang sedikit hendaklah memberi salam kpd org ramai.
7. Apabila dua org sahabat berjumpa,cukuplah dengan bersalam dan mengucapkan salam
tanpa berpelukan,kecuali bagi org yg baru pulang dari perantauan.

LARANGAN MEMBERI SALAM

1. Dilarang memberi salam dgn isyarat kecuali ada keuzuran spt sdg solat atau bisu
atau org yg akan diberi salam itu jauh jaraknya.
2. Dilarang memberi salam kpd org yg sedang mengajar dlm majlis ilmu,org yg sedang
baca al-quran.
3. Makruh memberi salam kpd org sedang buang air atau mandi.
4. Dilarang memberi salam kpd org yg sedang makan.

Jom kita didik diri kita utk sentiasa memberi salam dlm kehidupan seharian kita...

0 ulasan:

Catat Ulasan